Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal adalah sejalan dengan usaha mereka menepati janji pada diri sendiri – W. Clement Stone

Perhiasan yang indah bagi seorang lelaki adalah kesetiaan pada janjinya – Gladstone

Penyakit manusia adalah memungkiri janji – Tanpa nama

Orang yang memungkiri janji tanpa alasan yang kukuh, sesungguhnya adalah pembohong dan dunia menganggapnya sebagai pembohong juga – O. S. Marden

Apabila saya berjanji menjumpai seseorang pada jam yang ditetapkan, wajib bagi saya menepati janji itu seperti menepati janji hendak membayar sejumlah wang tertentu kepada seseorang, saya pun tidak berhak mencuri waktunya seperti mencuri wangnya – W. J. Brown