Berhati-hati datangnya daripada Allah, terburu-buru datangnya daripada syaitan – Nabi Muhammad s.a.w

Apa yang ditolak oleh hatimu, hendaklah engkau tinggalkan – Nabi Muhammad s.a.w

Ketahuilah sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosak jualah keseluruhan jasad. Ketahuilah ia adalah hati – Nabi Muhammad s.a.w

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu – Nabi Muhammad s.a.w